di lahirkan di hutan melintang perak pada 14 april 1950. anak ketujuh allahyarham abas bin mohd amin dan jariah bt hj ali.(anak kelima yang hidup!)
di peringkat awal saya bersekolah di Sekolah Umum Hutan Melintang (darjah 1 - darjah 4 (1957 - 1960) kemudian melanjutkan pelajaran di Anglo Chinese Primary School Teluk Intan (SMC1,SMC2 Std 6. Sewaktu di sekolah menengah, saya bersekolah di Kuala Trengganu dan Kuala Lumpur sehingga peringkat MCE /OSC pada thn 1969. Tahun 1970 saya mula bekerja sebagai Pegawai Kerani Jabatan Talikom Malaysia. Mula menulis sajak pada thn 1970. Menyertai RTM pada thn 1974 sebagai Juruhebah / Pengacara TV & Penerbit Radio. mengundurkan diri untuk menjadi freelance pada thn 1984 sehingga sekarang. Telah menulis lebih dari 100 buah sajak dan lebih dari 100 lirik lagu yang di nyanyikan oleh pelbagai penyanyi tanah air. Selain dari menggunakan nama sendiri saya menulis menggunakan nama pena : KASAJIZA A.S.!
as salam. selain dari bahan yang terdapat dalam blog ini, anda juga boleh mengenali saya melalui blog saya atas nama KASAJIZA. BLOGSPOT.COM. atau ZAINALABAS.BLOGSPOT.COM. Terima kasih.